Penipuan "aktivis"

Mac 16, 2023 ・0 comments

Salah satu penipuan paling banyak merosakkan hidup ramai orang adalah "perubahan" selain daripada buku pemikiran. Buku pemikiran adalah salah satu penipuan a.k.a scam yang sesetengahnya memusnahkan hidup orang terutamanya remaja yang baru nak naik termasuk aku cumanya aku awal sedar disebabkan kesusahan. Korang akan terkejut betapa tak bergunanya buku pemikiran bila berpijak didunia nyata dan aku salah seorang daripadanya.

Waktu aku sekolah menengah dulu aku habiskan banyak masa untuk berfikir keluar daripada norma atau menjadi manusia sedangkan aku kena belajar untuk lulus,sebab aku antara orang yang tertipu dengan buku "kita bukan robot" meskipun aku sedar, penulis buku tu sendiri robot yang mengulang apa yang dia petik sana sini..just matter of perspective.

Buku Pemikiran Sesat menyebabkan manusia hidup dalam masalah mental yang teruk,aku pernah jumpa yang ada krisis kewujudan, krisis disebabkan percaya benda merepek yang ditulis oleh penulis "pemikir kritis". Dan buku pemikiran hanyalah propaganda yang bila kau baca, terus berubah perspektif terhadap sesuatu.

Lepas keluar daripada sekolah menengah, aku akhirnya kena hadap kehidupan dan bekerja teruk dan waktu tulah aku sedar takde siapa kisah pasal buku merepek,waktu tulah aku sedar orang-orang yang dikatakan feudal,dikatakan pemalas, dikatakan kolot ni susah payah kerja siang malam dan dihujung bulan diorang cuba beli makanan untuk bahagiakan keluarga dengan pendapatan tu sedangkan penulis buku pemikiran tu sedang sedap duduk di kerusi Universiti, kerusi pejabat dan berjuang untuk elit-elit..dan idea takkan pernah mengenyangkan perut dan takkan pernah terealisasikan kecuali modal air liur yang menjadikan buku laris. 

Bergantung daripada mana darimana kau dapat pandangan, buku pemikiran bukan cermin yang jujur,dia takkan bagitau betapa orang susah payah berjuang demi sesuap nasi,dia takkan bercakap pasal betapa susahnya orang kampung bercucuk tanam,dia takkan sedar petani dikampung yang dia hukum tu selama ni membina negara ni,bukan penulis yang hidup dalam dunia utopia, dalam khayalan.

Sebab tu aku tak pernah percaya kepada penulis buku pemikiran yang sibuk suruh orang berubah tapi dia jejak sawah tak pernah,tapi tengah selesa duduk di kerusi. Ringkasnya, manusia palsu yang melahirkan manusia yang hidup dalam penipuan yang bila dia sedar penipuan tu,dia selagi lagi terperangkap dalam kancah penipuan yang baru.

Dan jangan sesekali bercakap untuk elit macam mereka. 

Catat Ulasan

If you can't commemt, try using Chrome instead.