Buat apa keliru pasal komunis
Ogos 10, 2024 ・0 comments
Propaganda.
Kalau boleh aku buat cerita betapa sedihnya hidup manusia yang hidup bermatian bela perjuangan yang tak wujud tetapi untuk membenarkan seseorang berkuasa. Ramai je budak-budak Marxist hidup dalam penafian idola dia rasis. Ramai je budak-budak kiri yang hidup dalam penafian Mao bunuh orang. Sebab korang kena tengok manusia sebagai manusia, bukan malaikat,tak payah pusing 90° macam penulis yang spin itu ini. Tapi masalahnya terlampau banyak yang mengidolakan pemimpin.
Sebab tu manusia mudah kecewa bila manusia yang dia idolakan rupanya jahat, dan ada kes kecewa dengan manusia tapi Allah yang dijauhi. Manusia tak kisah apapun ideologi,takkan pernah sedar semua yang berlaku kat dunia ni dengan tangan diorang sendiri, dan ideologi takkan pernah menggubah sikap manusia lagi-lagi yang berkuasa.
Jangan hairan intelektual, agamawan,aktivis yang anda kagumi boleh berubah seorang penjahat. Sebab diorang manusia dan tak payah berdalih. Komunis lahir pun oleh seorang penulis yang didanai kapitalis, apa yang nak dipusing lagi?
Banyak benda yang memang hitam putih tapi manusia yang sengaja jadikan berwarna sebab masing-masing ada kewujudan dan kepentingan.
Catat Ulasan
If you can't commemt, try using Chrome instead.